Hani Beauty and Health: About Us


Hani Beauty and Health merupakan perniagaan persendirian atau milikan tunggal yang didaftarkan di SSM pada 2 Februari 2017.

Kerana kecenderungan pengasas Hani beauty and Health pada kecantikan dan kesihatan maka pada awal penubuhan Hani Beauty and Health, kami menjalankan perniagaan menjual produk-produk yang berasaskan kecantikan dan kesihatan seperti Madu Habatussauda Binamir dan Sireh Lovely Care.

Selepas mengetahui kehebatan dan khasiat yang terdapat pada minyak argan dan secara kebetulan pengasas Hani Beauty and Health telah berpeluang untuk melawat Morocco pada Julai 2017, beliau mendapat ilham untuk menjadi pengedar minyak argan di Malaysia dan mengimport minyak argan tersebut secara terus dari Morocco.

Minyak argan tersebut kemudian dipakejkan dan dijenamakan semula di Malaysian di bawah perniagaan Hani Beauty and Health.


Comments

Popular Posts